Monday, August 29, 2011

ESOK HARI RAYA! YEAY!!

Sementara menunggu waktu berbuka puasa untuk kali terakhir di bulan ramadhan kali ni dan dalam aku tengah dok pikir2 mana tempat nk bebuka malam ni sebab banyak kedai dh tutup cuti raya (esok kan raya) tetiba rasa nak menulis tu datang plak. Time aku tgh asyik bermain FB kt opis td, aku tengok dh ramai member2 post gambar dengan keluarga tgh buat ketupat, bakar lemang, rebus ketupat, cat rumah la, masak2 ngan mak, ucapan2 raya dan status2 yg penuh dengan mood2 raya. Raya memang la hepi kan, aku pon hepi gak...tapi dalam hepi2 aku ni ada sedihnya jugak...hukhuk

Tahun nie merupakan kali pertama dalam sejarah aku x balik beraya dengan keluarga kt kampung...hukhuk. Kena keja plak masa hari raya pertama tu (raya pertama je, raya kedua sampai keempat aku cuti). Dah sememangnya menjadi lumrah untuk orang yang bekerja macam aku ni untuk tidak balik beraya di kampung sebab aku akan sibuk bekerja masa org lain cuti. Disebabkan tahun lepas aku cuti raya so tahun ni kena keja la jawabnya (bg peluang orang lain plak cuti). 

Masa mula-mula bos bagi tau yg aku kena kerja time hari raya, rasa biasa-biasa je tapi bila sorang2 member aku balik kampung bercuti, opis pon dh lengang, rumah pon dah kosong semua housemate dah balik kampung, hati pon mula la merasakan sesuatu. Macam-macam rasa datang, tipu la kalo cakap tak sedih kan. Bila dengar lagu2 raya kt radio rasa syahdu teringat kat kampung memang x boleh nak elak. Sekarang aku tgh cuba sedaya upaya untuk kuatkan mental dan fizikal aku untuk menghadapi malam ni, iaitu malam raya...setakat lagu raya tu aku boleh handle lg, tapi bila takbir raya berkumandang malam ni yg tu susah sket...kita tengok la malam ni mcm mana jd nyer...hehe.

Tapi xpe, dah nama pon kerja, memang aku akan merasa benda-benda ni cuma lambat dengan cepat jer...hehe. Esok aku nk tengok macam mana lengang nyer KL masa hari raya, selalu dengar orang cerita jer, aku pon teringin gak nk baring bergambar kt federal highway tu, nk rasa mcm mana beraya kt opis dan aku nk rasa mcm mana beraya kt istana negara sebab esok aku kena keja kt sana...hehe

Tadi aku ada call mak aku kat kampung, katanya dia sorang2 je kt rumah tapi insyaallah kejap lagi abang aku yang sulung sampai la tu, sebab dia kata dia nk beraya kt rumah mak tahun ni. Abang aku yg no 3 pulak (yg jual cendol dalam entry aku sebelum ni) malam tadi baru naik pangkat jd ayah, isteri dia selamat melahirkan baby girl! tahniah2!! (bertambah besar la family aku..hehe, kena bawak balik duit raya lebih la mcm ni!) so maybe dia akan beraya di rumah mertua dia kot. Masa aku call td aku sempat bertanyakan menu2 raya yg bakal mak aku masak untuk esok, antara menu istimewanya ialah bihun sup. Bila teringat bihun sup mak aku ni, rasa nk balik tu semakin membuak2 (sedap wooooo....terbaekk)...sabar2, insyaallah petang esok habis kerja aku akan terus drive balik ke kampung...hehe

Selamat Hari Raya!!!




No comments:

Post a Comment