Thursday, July 12, 2012

SETAHUN SUDAH..HEHE

12 Julai 2012, maka genaplah setahun usia blog aku yang x seberapa ni. Walopun dh x berapa nk aktif menulis tapi kalo ada masa dan idea blog ni tetap akan ku update (walaupun selalunya cite2 x best..hehe).

Disebabkan faktor2 ketandusan idea yang agak kritikal membuatkan blog aku ni terpaksa diabaikan, banyak benda yang aku rasa senang nk ditulis setahun yang lepas dh makin berat nk aku tulis sekarang. Benda-benda yang suatu masa dulu aku rasakan penting untuk aku tulis dah tak sepenting dulu, mungkin faktor masa kot (aku pon dh makin tua..hehe).

Tapi xpa, berbekalkan 5 followers yang ada aku akan cuba menulis dan terus menulis! Lepas ni aku ingat nk buat blog pasal makan2 plak...hehe.

p/s: "time doesn't heal, it's what you do with the time that does" aku quote kt website sapa ntah, tp mcm btol jugak bunyi dia..kan?

Monday, June 11, 2012

KUIH KAPAL TERBANG YANG TERBANG

Hari tu masa asyik besembang ngan kak maria n fina kat opis, kak maria ada pelawa aku makan kuih tiram, aku bagi tau diorg kalo kt kedah kuih ni org panggil kuih kapal terbang, fina gelak2 ingat aku tipu, tapi mmg btol pon...bila aku terpandang kuih ni aku teringat zaman aku kecik2 dulu. Aku memang ada kenangan sket ngan kuih kapal terbang ni. Aku dulu pon pelik gak kenapa diorg panggil kuih ni kuih kapal terbang, nak kata bentuk mcm kapal terbang mmg xde rupa langsung...mmg konpius. Tapi mmg terbukti kuih ni boleh terbang...

Aku ni bukannya berasal dari keluarga yang senang, susah sebenarnya.. masa aku kecik2 dulu (tadika pon belum) mak aku dia buat bisnes kecil-kecilan jual kuih-muih tradisional, antaranya termasuklah kuih kapal terbang yang aku nk cerita ni.

Nk buat kuih kapal terbang ni x susah sgt (bagi aku x susah la..sebab aku tengok je, tapi bagi mak aku x tau la pulak) kalo nk dibandingkan dengan nk buat kuih bahulu atau kuih sepit.

Ni la kuih kapal terbang...
Seperti kebiasaannya, mak aku akan bangun awal untuk memasak kuih2 ni, dalam kol 3-4 pagi tu dah bangun, pagi tu turn mak aku masak kuih kapal terbang...aku pon biasanya sama sibuk gak nk tolong tengok mak aku masak. Aku biasanya akan menyendeng2 kt mak aku time dia dok menggoreng kuih tu (anak manja biasa la kan...hehe) kadang2 kena marah gak, minyak panas kot mmg la kena marah. Bila dh kena marah tu biasanya aku akan tukar posisi di tepi kuali pulak.

Pagi tu aku pon dok la kt tepi kuali (aku pakai kain je) suka btol aku bley tengok kuih tu dari leper bley kembang2, hehe...time mak aku dok menggoreng tu ntah mcm mana sekali kuih tu boleh terpelanting (dalam konteks kuih kapal terbang ni, dia terbang laaa...) ke peha aku...nangis la apa lagi, minyak panas kot. kelam kabut la mak aku, ngan2 ayah aku sekali datang. Segala gula, kicap minyak angin semua diorg letak kt peha aku...meraung la apa lagi, hukhuk. Tapi berkesan gak la benda2 yg mak ayah aku letak tu, xde la mengelembung teruk sgt. Terus lepas tu, aku dh cuak2 nk dok tepi kuali, especially kalo mak aku goreng kuih kapal terbang..

Start dari hari tu aku mengaku yg kuih tu mmg mampu terbang, mmg patut la kuih tu dipanggil kuih kapal terbang...aku pon dh x berani nk duduk tepi kuali lagi, hukhuk.

Tuesday, April 10, 2012

MELANCHOLIC

Macam2 rasa ada dalam kepala otak aku nie...kadang-kadang rasa nk marah, kekadang rasa mcm dh malas nk pikir, kekadang mcm nk melempang orang, kekadang terasa malas yg amat. Hari ni aku terasa lemah....

Semua orang ada masalah, mmg x boleh nk lari. Mampu ke tidak nk menghadapi tu atas diri masing2, tp aku mcm x mampu je...hanya mampu mencuba tapi selama mana aku mampu nk mencuba? semakin hari semakin lemah...

Kalo kita rasa masalah kita tu berat sebenarnya ada lagi org kt luar sana yg lg berat masalahnya dari kita, bersyukur dgn apa yg ada, terima seadanya...

Selagi boleh tersenyum kira ok la kot, senyum je la yg aku mampu...