Monday, November 21, 2011

CUBAAN MENYERABUTKAN OTAK KU KEMBALI

Dh dekat-dekat 3 bulan aku x menulis, bukan sebab sibuk ke apa (sibuk la jugak sket2..hehe) tp aku sendiri pon dh x tau nk menulis pasal apa. Entri aku yang ni pon saja-saja aku taip sebab rasa macam dah lama sgt blog aku ni tak di-update (sambil layan lagu-lagu karaoke kat youtube, aku taip la sket). Dulu masa mula-mula aku buat blog ni, macam-macam benda aku boleh cerita, masa otak tgh beserabut tu idea memang banyak tp bila otak pon dah tak berapa serabut iiham-ilham pon hilang (mana p pon tak tau).

Ketandusan idea tu memang penyebab utama, tapi sebenarnya ada sebab-sebab lain jugak. Charger laptop ku rosak! itu la punca utama aku tak menulis, sampai skang aku tak beli baru lagi. Aku menaip ni pon sambil picit-picit kabel charger kalo tak memang ter-shutdown la laptop aku ni. Bukan tak nak beli baru tapi mahal sangat, takut bajet lari. Selagi boleh picit2 kabel ni aku sabar je laa..hehe

Buat rakan-rakan opis ku, disebabkan laptop aku ni tak berapa sihat jadi aku pon tinggalkan la dia kat rumah, so kalo aku terpakai laptop2 atau pc2 korg kt opis tue jangan la marah yer, bukannya guna lama pon, check facebook jer..hehe

p/s: korg pernah dengar lagu wings-belenggu irama? rupa-rupanya lagu tu ditujukan untuk RTM pasal banned lagu-lagu rock masa tahun 80-an dulu2, aku baru tau...hehe. Maybe artis-artis kita kena buat lagu pasal RTM tak tayang sukan plak rasanya, baru diorg nk start cover kot..hehe

Monday, August 29, 2011

ESOK HARI RAYA! YEAY!!

Sementara menunggu waktu berbuka puasa untuk kali terakhir di bulan ramadhan kali ni dan dalam aku tengah dok pikir2 mana tempat nk bebuka malam ni sebab banyak kedai dh tutup cuti raya (esok kan raya) tetiba rasa nak menulis tu datang plak. Time aku tgh asyik bermain FB kt opis td, aku tengok dh ramai member2 post gambar dengan keluarga tgh buat ketupat, bakar lemang, rebus ketupat, cat rumah la, masak2 ngan mak, ucapan2 raya dan status2 yg penuh dengan mood2 raya. Raya memang la hepi kan, aku pon hepi gak...tapi dalam hepi2 aku ni ada sedihnya jugak...hukhuk

Tahun nie merupakan kali pertama dalam sejarah aku x balik beraya dengan keluarga kt kampung...hukhuk. Kena keja plak masa hari raya pertama tu (raya pertama je, raya kedua sampai keempat aku cuti). Dah sememangnya menjadi lumrah untuk orang yang bekerja macam aku ni untuk tidak balik beraya di kampung sebab aku akan sibuk bekerja masa org lain cuti. Disebabkan tahun lepas aku cuti raya so tahun ni kena keja la jawabnya (bg peluang orang lain plak cuti). 

Masa mula-mula bos bagi tau yg aku kena kerja time hari raya, rasa biasa-biasa je tapi bila sorang2 member aku balik kampung bercuti, opis pon dh lengang, rumah pon dah kosong semua housemate dah balik kampung, hati pon mula la merasakan sesuatu. Macam-macam rasa datang, tipu la kalo cakap tak sedih kan. Bila dengar lagu2 raya kt radio rasa syahdu teringat kat kampung memang x boleh nak elak. Sekarang aku tgh cuba sedaya upaya untuk kuatkan mental dan fizikal aku untuk menghadapi malam ni, iaitu malam raya...setakat lagu raya tu aku boleh handle lg, tapi bila takbir raya berkumandang malam ni yg tu susah sket...kita tengok la malam ni mcm mana jd nyer...hehe.

Tapi xpe, dah nama pon kerja, memang aku akan merasa benda-benda ni cuma lambat dengan cepat jer...hehe. Esok aku nk tengok macam mana lengang nyer KL masa hari raya, selalu dengar orang cerita jer, aku pon teringin gak nk baring bergambar kt federal highway tu, nk rasa mcm mana beraya kt opis dan aku nk rasa mcm mana beraya kt istana negara sebab esok aku kena keja kt sana...hehe

Tadi aku ada call mak aku kat kampung, katanya dia sorang2 je kt rumah tapi insyaallah kejap lagi abang aku yang sulung sampai la tu, sebab dia kata dia nk beraya kt rumah mak tahun ni. Abang aku yg no 3 pulak (yg jual cendol dalam entry aku sebelum ni) malam tadi baru naik pangkat jd ayah, isteri dia selamat melahirkan baby girl! tahniah2!! (bertambah besar la family aku..hehe, kena bawak balik duit raya lebih la mcm ni!) so maybe dia akan beraya di rumah mertua dia kot. Masa aku call td aku sempat bertanyakan menu2 raya yg bakal mak aku masak untuk esok, antara menu istimewanya ialah bihun sup. Bila teringat bihun sup mak aku ni, rasa nk balik tu semakin membuak2 (sedap wooooo....terbaekk)...sabar2, insyaallah petang esok habis kerja aku akan terus drive balik ke kampung...hehe

Selamat Hari Raya!!!




Friday, August 12, 2011

HARI KEJADIAN

Tanggal 11 Ogos 1985 merupakan hari ahad, jam 1.10 pagi aku telah dilahirkan di rumah aku di Jitra. Merupakan seorang bayi yg amat sihat rasanya, berat 4.2kg kot time beranak tue...hehe. Menurut mak aku, ramai yg menjangkakan yg beliau mengandung anak kembar sebab perut mak aku besar dari biasa time mengandung kat aku, tapi dh ditakdirkan time beranak tue aku sorang je keluar, memang meleset la tekaan jiran2 mak aku tue..hehe.

Semalam 11 Ogos 2011, genaplah umur aku 26 tahun. Walaupun dh mcm tua sket tapi tetap muda di jiwa katanyer. Ramai betol org wish kt facebook, yg wish face to face pon ramai, siap nyanyi2 lagi. Memang terharu sangat..hehe

Tapi yang membuatkan aku lebih terharu hari ni sebab rakan-rakan opis buat surprise sambut birthday aku hari ni..hehe, siap ada makan2 kek. Dalam sejarah hidup aku, ni adalah kali kedua aku dapat kek time bday. Kali pertama ialah masa aku belajar kat UiTM dulu, tahun 2005 ketika bday aku yg ke-20 (masa tu Selangor cuti umum sebab darurat, jerebu teruk sangat so kira bday aku public holiday la..hehe).

antara yg ada semalam, lokasi: waroeng penyet, the curve

Surprise party ni mmg telah dirancang dengan agak licik oleh bebudak opis aku ni, ada yg buat2 busy la...ada yg emo tetiba (fina)...ada yg jd tukang persuade supaya pergi bebuka kat the curve la...ada yg nk belanja makan la (terima kasih akma)....ada yg nk follow bebuka sesama la...ada yg tetiba x nk ikut dan mcm2 lagi. Aku pon dh agak pelik dengan perangai diorg2 ni. Tapi aku memang x jangka pon yg diorg nk sambut bday aku sebab sambut2 bday ni mmg antara acara yg jarang2 berlaku dalam hidup aku (ni baru kali kedua). Bila org suruh wat ucapan pon, lidah aku dh kelu x bley nk buat ayat dah (aku cuba belagak cool td, tp sebenarnya dh x brp nk keruan jadinya, nasib baik x nangis).

Semalam jugak aku dapat bday card..ni dia!! hehe



Kat bawah ni plak first bday card yg aku dapat dalam sejarah hidup aku, aku simpan lagi...hehe



Terima kasih lagi sekali yer buat kawan2 yg ada semlm, mmg terharu sangat. Buat Akma Aziz, terima kasih yer belanja ayam penyet, belanja minum, tolong drivekan saya ke the curve, tolong pegang kek time balik opis walopun emosi x brp nk stabil, teman saya ngan fad main boling, bwk saya jalan2 pergi servis keta, tolong create drama sebabak di mlm bday saya..hehe, jangan sedih2 sangat yer...

p/s: "Some people come into our lives and quickly go, some stay for awhile and leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same". Quote dari A Little Book of Quotations..tq sha!




Thursday, July 28, 2011

PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN??

Ada satu persoalan dalam kepala otak aku. Persoalan ini muncul time aku makan tengah hari semalam ngan naza ngan lily. Tengah sedap-sedap makan tu aku terpikir, kalau nak mencari pasangan, kena cari yg  ada persamaan ke atau yang berbeza dengan kita? kena cari yang ada minat sama ke? susah jugak kan, takkan la nak mencari yang satu kepala dalam semua hal, macam susah nak dapat je. Tapi kalo dapat yang satu kepala bagus ke?

Sebagai contoh kata la kita pergi makan kfc, bila time order mesti la ada yang request bahagian-bahagian ayam yang korang suka kan (aku suka thigh), katakan la semua order part peha je, yang bahagian lain tu mcm mana? tue kt kedai ok la kan, maybe ada org lain akan beli bahagian kepak, dada dan sebagainya. Tapi kalo kat rumah macam mana plak? kata la kita beli ayam separuh jer, so kita cuma ada satu je peha jadi terpaksa la berebut dengan pasangan anda kan. Tapi kalo pasangan anda suka dada kira sesuai sgt la kan, habis la sekor ayam tue.

Mungkin perbezaan ni bukan suatu isu kot, ada baik jugak kan. Ini pendapat aku je...hehe. Aku terpikir benda ni masa makan ayam panggang semalam, sebab aku order part peha, aku tertanya-tanya jugak apa jadi kat ayam-ayam situ kalo semua orang order peha je macam aku...hehehe

p/s: harap-harap Malaysia menang malam nie lawan Singapore....MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, July 21, 2011

TRAGEDI MENDERMA DARAH

Korang pernah derma darah tak?? Seumur hidup aku sekali jer aku pernah derma darah, tu pon time aku belajar kat UiTM arau dulu. Aku derma darah tu pon atas sebab-sebab tertentu....hehe.

Hari itu seperti hari biasa, hari jumaat aku ada kelas pagi. Aku dh lupa subjek apa, time aku part 1 diploma, kira budak2 lagi la. Bila habis kelas dalam pukul 10 pagi mcm tu aku nampak orang dh ramai kecoh-kecoh kat bawah blok kelas aku. Oleh kerana sifat ingin tahu dalam diri agak tinggi, aku ngan member aku si zam, rahman ngan yus cuba la usha-usah, rupa-rupanya orang tengah derma darah.

Aku kalo bab2 darah ni susah sket, sebab aku tak boleh tengok darah nanti pitam so aku tengok dari jauh je la. Punya la ramai orang berbaris nk derma darah, bagus betol budak-budak UiTM nie bisik aku dalam hati. Member aku ajak derma tapi aku suruh rilek dulu, aku cuba pergi tengok mcm mana cara diorang ambil darah tu, mak aii! punya la besar jarum dia, terus aku ajak member aku balik. Dalam tengah kalut-kalut nak balik tue, aku terdengar ada seorang brader ni cakap kalo derma darah, petang kang tak payah turun training kesatria (Kesatria ialah subjek kokurikulum yang wajib diambil oleh student-student part 1 dan 2, ada yang ambil palapes, bomba, pertahanan awam dan macam-macam lagi), aku tak jadi balik, pikir kejap. Bagus jugak ni, derma darah je kot petang kang boleh tido (aku memang tak suka kesatria ni) otak aku mula berpikir secara kritis. Aku ambil keputusan untuk derma darah, budak pompuan selamber jer derma takkan aku x boleh!, aku cuba naikkan semangat diri.

Aku ngan member aku pon join la beratur, time tengah beratur tu pon aku fifty2 lagi sebenarnya tapi nurse2 kat situ cuba pancing dengan bagi air kotak dan roti, memang chantek la sebab aku pon tak breakfast lg..hehe. Bila habis part check darah bagai tu, aku pon tunggu la turn aku nk kena cucuk ambik darah, punya la takut. Bila sampai turn aku nurse tu suruh baring (aku dapat nurse praktikal). Dia check2 tangan kiri aku, tiba-tiba dia cakap tangan awak ni susah sket la, tak berapa nampak urat yg nk dicucuk tue, bertambah cuak la aku yg dh sememangnya takut ni. Dia pon tepuk2 sket tangan aku, dengan konfiden dia cucuk. Jarum dh masuk tapi darah x keluar-keluar, nurse tu dah gelabah, aku x payah cerita la dh berpeluh-peluh bagai. Nurse tu pon panggil la otai dia datang, nurse otai tu plak take over.

nurse praktikal : urat tangan dia x berapa nampak la nurse, saya cucuk x kena...
nurse otai         : takpa2, mai akak tengok, la kesian kt dia cucuk x kena
aku                  : normal ka ni kak? (sambil buat muka sedih)
nurse otai         : sat2, kita cucuk lagi sekali naaa....kesian kt dia, kesian....

Dalam dok kesian-kesian tu, terus dia cucuk lagi sekali memang x kesian langsung, aku tak ready lagi kot, kali ni kena tepat urat tu.

aku                 : laju betoi darah ni kluaq
nurse otai        : biasa la ni.

Aku pon sambung baring sambil picit-picit benda apa ntah kt tangan kiri aku, bg darah keluar cepat sikit. Tengah best-best aku dok memicit benda tue brader katil sebelah tegur aku, bang, beg darah abang tu dh penuh la, aku pon usha la tengok, memang dah penuh siap kembung2 macam nak pecah. Aku pon panggil la nurse, dia pon angkat la beg darah tue. Aku pandang jer, dalam kepala otak aku dah terbayang kengerian darah yg banyak tue, terus rasa nak pitam tu datang. Dunia dh mula rasa gelap, aku nk bangun tapi x terdaya. Dalam saat2 kritikal diantara sedar tak sedar tu, aku tengok orang dah makin ramai keliling katil aku (brader sebelah tu pon ada), terasa macam dh nazak sgt aku ni. Member yg derma darah sekali ngan aku tadi pon dh settle derma darah, siap bleh melawat aku lagi kat situ.

Ada la 30 minit aku dok terbaring kt situ, Dah la time tu awek tengah ramai menderma darah, buat malu jer. Bila dh rasa macam ok sket, terus aku cabut, habis tertinggal air kotak ngan roti yang nurse tu bagi. Ngeri siot derma darah, tu la first and last aku derma darah. Niat nak menderma darah tu memang ada lagi, tapi bila aku ingat balik tragedi ni terus tak jadi.

Mungkin sebab niat aku menderma pon tak berapa nak betol, pasal tu la macam-macam jadi kot. Ingat yer, kita perlu ikhlas dalam setiap perbuatan, jangan harapkan balasan....

CENDOL-CENDOLAN

Masa aku baru habis belajar kat UiTM dulu, agak lama gak aku mengganggur sebelum aku dapat kerja skang ni, ada la dekat2 setahun. Masa habis belajar tu aku tak balik kedah lagi, aku stay kat Shah Alam konon2nya nak berusaha mencari kerja dengan bersungguh-sungguh la. Mencari tu memang la mencari tapi yg sebenar-benarnya aku sayang nk tinggal kawan2 yang dh bertahun2 susah senang bersama, memang aku rindu sangat2 zaman tu.

Masa tgh mencari kerja tue, aku pernah apply keja kt domino's. Aku dapat kerja tu, tapi mak aku plak x bg katanya bahaya merempit hantar pizza ni. Aku pon tolak la keja tu. Lepas tu aku mintak kerja kt Sinar Harian, pon aku dapat gak, tapi memandangkan dia nk hantar aku bekerja di Ipoh, aku pon tolak la keja tu (jauh kot, gila apa nk suruh aku dok sorg2 kt Ipoh).

Disebabkan dh letih mencari keja tp tak dapat-dapat (duit pon dh x berapa nak ada) aku memutuskan untuk balik cari keja kt kampung aku, Kedah. Nk dijadikan cerita, time tu abang aku baru buka gerai berniaga cendol ngan rojak buah, aku pon tolong-tolong la dia. Gerai abang aku ni terletak di pintu belakang Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Kat Hospital tu plak ada kolej kejururawatan, manis-manis jer semua (bertambah berkobar2 la semangat aku tolong abang aku berniaga kat situ..hehe).Cendol ngan kuah rojak buah tu abg aku buat sendiri, dia dah modified resipi mak aku (masa aku kecik2 dulu mak ngan arwah ayah aku berniaga rojak buah), kira mmg superb la, dia punya rasa memang tangkap lentoq.

Rutin keja aku simple jer, aku jaga bahagian cendol dengan air balang, kadang2 jer aku buat rojak tu. Yang mendapat sambutan hangat time tu cendol, kena la dengan cuaca panas kt kedah tu. Waktu peak hour busines cendol ni pukul 6 ptg-7 mlm. Time tu budak2 kt kolej jururawat tue rehat, memang x menang tangan la aku ngan abang aku (walau pun sibuk tp aku suka). Setiap hari, aku bleh nampak perniagaan abang aku ni semakin berkembang.,dh mula ada pelanggan setia.

Aku berniaga dengan abang aku x lama, ada la dalam 2-3 bulan macam tu. Resume yang aku hantar setengah tahun sebelum tu akhirnya ada jawapan. RTM panggil aku interview keja, aku pon pergi la mencuba nasib, takde la mengharap sangat, sekadar ,mencuba je. Alhamdulillah, aku dapat keja tu, walaupun RTM offer jawatan kontrak je masa tu tp kira ok la. Kat RTM ni la aku dapat ramai kawan2 yang best!, kat RTM ni jugak la aku dapat mcm2 pengalaman yang berharga (ada yg best dan ada yg x berapa best, tp semua tu pengalaman yang mengajar aku erti hidup), merata pelusok cerok rantau aku pergi, macam2 orang aku jumpa. Sekarang aku dh dapat jawatan tetap, dah masuk tahun ketiga keja kat sini...alhamdulillah.

Gerai abang aku, dari kiri aku, yus bernama, cikgu rahman dan abg aku (syam)
Berbalik kepada cerita cendol, sesapa yg p ke alor setaq tu singgah2 la kt gerai abang aku tu yer, waktu operasinya dari pukul 1230 ptg - 7.30 malam. Terbaik! wajib dicuba. Nama gerai dia 'Sham Cendol dan Rojak Buah'. Petik la nama aku, kot2 dapat diskaun..hehe

Tuesday, July 19, 2011

BOLA-BOLA DI OPIS AKU

Dah agak lama aku tak post entry baru nie, mood nk menulis tu tak datang-datang. Oleh kerana hari aku ada cakap nk update pasal bola kt opis aku nie so aku ceritakan jugak la...hehe

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas Kelab KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) telah menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah antara agensi dan jabatan di bawah KPKK. Macam yang aku cerita hari tu, aku telah dipaksa untuk turut serta dalam pertandingan nie untuk mewakili unit kitorg yg x cukup orang nk masuk pertandingan tu. Ahli pasukan kami terdiri daripada aku, Fadzly Fuad (poskad fadzly), Wai V.E, Shah reader, Sham Ishak, Akmal, Faiz, Faizal, Nasir, Raja, Man V.E (ketua pasukan), manakala untuk kategori veteren umur 40 keatas ialah Abg Awang, Abg Ramlee dan Hj Fadzil (setiap pasukan kena ada 2 org veteren yg wajib main dalam setiap perlawanan). Pasukan kitorg diberi nama UES TV.
suasana pagi sebelum pertandingan bermula

Walaupun penyertaan kitorg ni bolehlah dianggap suka2 tp persedian pasukan (dari segi kebajikan je laaa...) boleh dianggap baik. Siap dengan jersi yg chantek (kaler oren) hasil susah payah cik fina, malah siap tolong ambilkan lagi jersi tue..hehe. Dari segi persiapan fizikal dan mental pula amatlah lemah (langsung xde training2 terus main jer) sebab kitorang pon x meletakkan sebarang harapan yg tinggi pon, main suka2 jer (nk sedapkan hati je tue, padehal semua nk menang kot..hehe).

Malam sebelum pertandingan bermula, Man V.E selaku ketua pasukan dh mula susun strategi, menurut Man, peluang pasukan kitorg nk layak ke pusingan seterusnya amatlah cerah kerana berdasarkan undian pasukan kami diletakkan dengan pasukan2 yg boleh dianggap tidak berapa kuat (saing2 kitorg je la). Pasukan kitorg diletakkan dalam kumpulan D dengan 3 lagi pasukan iaitu Bernama, Studio TV dan Siaran luar OB. Dua pasukan teratas akan layak ke pusingan seterusnya. 

bfast shamsul ngan aku pagi tu (aku dh xde
selera nk makan)
Pagi sebelum perlawanan tue aku bangun awal, dalam pukul 630 camtu aku dh x ley tido, hati dh tak tenteram (jiwa kacau katanya). Lepas siap2 aku terus pergi kedai mamak khulafaq kat shah alam (faiz cakap roti canai khulafaq terbaikk!! faiz la kata), sebelum bersukan kena la bfast dulu kan. Aku tapau roti canai 25 biji untuk pasukan aku, makan kena cukup baru main bersemangat...hehe. Plan asalnya nk beli bihun goreng tp disebabkan kekurangan bajet so roti canai je la jawabnya. Sampainya aku kat opis, aku tengok orang dh penuh kat padang, bukan main streaching lagi team2 lain, siap lari2 pusing padang bagai, makin bertambah cuak la aku. Bila sampai opis aku terserempak ngan shamsul, dia tengah2 siap nk p bfast kt kantin. Aku suruh dia makan roti canai dia xnak, dia nak makan heavy sket katanya. Aku pon teman la dia makan kt kantin (team lain sibuk streaching team aku sibuk makan).

Dalam pukul 9 macam tue, semua team mate aku pon sampai la kat kantin, oleh kerana semua dh x lalu nk makan (kecuali shamsul) kitorg pon turun ke padang prepared utk first game. First game kitorg lawan Bernama dalam pukul 1030 mcm tu. Masa first game tu aku telah berjaya menjadi pemain simpanan sepenuh masa, langsung x main. Team aku draw 0-0 dengan Bernama. Lepas habis first game tue baru la semua berselera nk makan, roti canai yang aku tapau hampir2 berjaya dihabiskan (ada la lebih sket2). 
Semua tengah berselera makan roti canai, yang baju biru tue Zarul Jambu
Ahli-ahli UES TV, dari kiri atas Man V.E, Faiz, Abg Awang, Akmal, Shamsul
Duduk kiri Aku, Nasir, Wai dan Hj Fadzil. Ada lg yg lain tp diorg balik awal.
Gap masa antara satu game ke satu game mmg lama ada la 2 jam mcm tu, kitorg siap bleh balik opis tdo lg (yg main counter strike pon ada). Second game kitorg main dalam kol 2 lawan dengan team Siaran Luar TV, kali nie aku dh tak boleh nk mengelak mmg kena main gak (mmg hancur aku main), team aku draw lagi 0-0. Peluang nk menang tu ada, agak cantik la team aku ni main bola (kecuali aku). Dalam group kitorg tu, semua pasukan hanya mampu draw 0-0 sampai la last game kitorg bertemu pasukan Studio TV. Time last game ni dua2 team  nk draw 1-1 ja, so dua-dua akan layak ke pusingan kedua. Sebab dua-dua team tak nak menyusahkan diri, kami pon memilih jalan mudah untuk draw je la 1-1...hehe (atur game ler). Oleh kerana point dua2 team dan jaringan dengan bolos sama banyak jd nyer juara kumpulan ditentukan dengan lambung duit syiling, dan alhamdullillah kami juara kumpulan. Pusingan kedua dilangsungkan pada hari ahad keesokan harinya.

Pagi ahad tu time aku bangun tido memang x boleh blah, sakit badan, sakit kaki, sakit semua la senang cerita, dah terasa malas gila nk pergi main bola. Kalo ikutkan hati nk jer aku call Man cakap x nak main. Tapi sebab tak nak kecewakan rakan-rakan aku p jugak (takut kena marah sebenarnya), nasib lepas mandi rasa mcm ok sket, kira boleh main la. Hari ni aku dh tak tapau roti canai (budget takde). Time on the way tu shamsul dh call2 tanya kt mana, katanya game dh nk start tp orang xde, aku rilek2 lagi (shamsul ni bukan boleh pecaya sgt).

Aku sampai kt padang dalam pukul 9 camtu, aku terus cari Man, aku tengok team mate aku yang lain semua dh kalut2 bersiap. Man dh gelabah, mana taknya, kitorg kena main fisrt game lawan ngan tean muzium., dah la first game team aku baru ada 7 orang, caner nk main. Nasib la masa tengah kalut-kalut tue abg awang ngan faizal sampai so cukup la orang. Man time tu dah kalut2 susun strategi sebab pemain2 star kitorg x sampai lg (masing2 sibuk ada yg keja, ada yg tetido, ada yg kena g pasar dulu beli ikan, mcm2 lagi la perkara yg perlu diselesaikan). Streaching pon sket2 je, sebelum game start aku nampak si faiz dengan seorang pemain import (aku x kenal brader ni, tp sebab x cukup orang kitorg amik je la, tp brader ni mmg hebat) dh siap2 tepi padang, kira ok la ada reserve 2 orang kan.  

Game pon start la, dlm 3 minit awal tue kitorg main dengan bergaya nyer siap attack2 bagai. Dalam syok2 dok serang tue, kitorg plak kena attack balik, tak pasal2 kena sibijik. Terus down, main pon dh start beterabur balik. Aku kluar ganti ngan Faiz, masa second half si Faiz plak injured terpaksala aku ganti. Oleh kerana excited sangat nak main, aku terus masuk tanpa pedulikan reff. Tgh syok2 kejar bola reff panggil aku, tak pasal2 kena kad kuning, katanya aku main masuk je x tunggu bola keluar dulu time tukar ngan faiz, senyum je la aku.

Shamsul tgh mencari punca2 kekalahan pasukan
Fadzly Fuad, antara key player yg lambat sampai
Kesudahannya team kami kalah 1-0 dengan muzium, tapi takpe kitorg dh cuba yang terbaik. Aku memang respect btol dengan ahli2 veteran pasukan kami. Memang bersemangat diorang, bersungguh2. Elok habis je game tu, player utama pasukan pon sampai la, kecewa diorg sebab x sempat nk main, sebab semua orang budget kitorg akan start main dalam pukul 10 mcm tue x sangka plak kena main awal. Pertandingan ni dimenangi oleh pasukan Pos Malaysia dalam penentuan penalti menentang  Kelab KPKK.

Tapi takpe layak ke pusingan kedua pon dh cukup mambanggakan (ayat sedapkan hati) bagi aku. Yang penting main kena happy tak nak tension2 baru la best main btol tak?..hehe. Next yer kalo ada lg kita cuba lagi sekali k. 

Disebabkan kalah awal aku terus balik opis main counter strike...

p/s: nk p beli boot bola lah, standby untuk tahun depan...hehe



Friday, July 15, 2011

BIAR KALAH BERTANDING ASAL MENANG BERGAYA

Sukan...aku ni sebenarnya x berbakat dalam bidang sukan-sukan nie. Masa zaman sekolah dulu pon aku x pernah wakil sekolah dalam apa benda pon, latihan rumah sukan pon aku ponteng (rumah sukan aku dulu jupiter lps tue tukar nama jd nilam), benda yang aku pandai main pon catur jer. Walaupun x berbakat tapi aku mmg minat dan sentiasa ambil tahu perkembangan sukan di dalam dan luar negara. Sukan yang menjadi kegemaran aku ialah permotoran, lumba moto, lumba keta semua tue mmg favourite aku,tapi tu tak bermakna aku tak follow sukan2 lain. Bolasepak, tenis, badminton , lumba basikal, baseball, bowling, renang (terutama renang berirama), gimnastik artistik (best tue), olahraga, menembak, memanah, pendek kata semua sukan yg tayang kt astro tue aku tgk.

Walaupun begitu, aku ada jugak la besukan di masa-masa lapang, yg menjadi kegemaran aku skrg ialah badminton. Aku selalu main dgn geng2 shah alam (geng karok shah alam dlm entry aku sebelum ni). Bowling pon boleh dikatakan agak kerap jugak aku main sekarang, semalam pon baru lps men bowling ngan kawan2 opis aku (shamsul, fina, sha, akma dan ed..tp ed x main tgk je). Dalam ramai2 tu yg paling hebat shamsul la (kalo everage point anda bwh 190 jgn ajak dia main tau!) yang paling x perfom fina, mmg lauk la...hehe(jgn marah yer). Futsal dh setahun lebih aku x main, skang kalo main pon 5 minit je dh pancit (berat pewot kot).

Nk dijadikan cerita, besok opis aku ada anjurkan pertandingan 9 sebelah. Disebabkan kekurangan pemain jd aku pon dipaksa untuk turut serta dalam pasukan bolasepak department aku nie. Dh la main bola padang, aku last main bola padang ni masa pendidikan jasmani zaman sekolah dulu jer (ada la dalam 9 tahun lps kot). Kasut pon aku xde, pinjam kawan je. Untuk tidak menghampakan rakan2 opis ku nie, aku join je lah. Besok aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi pemain simpanan sepenuh masa (kalo jd pom2 boy pon ok gak..hehe). Mengikut percaturan strategi yg disusun oleh Man V.E. selaku ketua pasukan, aku diletakkan di posisi midfield (konfiden betol dia).

Walaupun pasukan kami nie boleh dikatakan underdog, tapi dari segi kelengkapan pasukan mmg dijaga baik. pihak pengurusan iaitu fina selaku pengurus pasukan telah berjaya mendapatkan sponsor pakaian sebanyak 2 pasang seorang! terima kasih bebanyak kepada cik fina yg chomel itu (kalo boleh dpt sponsor makan skali pon bagus gak). Tajaan pakaian ni mmg kena pada tempatnya kerana moto pasukan kami ialah 'biar kalah bertanding asal menang bergaya'.

Besok dh nk main tapi training skali pon blom lagi, masak aku esok!..hahaha, besok aku akan update blog pasal kesudahan pertandingan bola nie...hopefully semua berjalan lancar.

p/s: akmal (striker utama pasukan) semalam dah training cara nk celebrate gol kata nyer...hehe

Thursday, July 14, 2011

NISBAH 37:1

Tahun nie umur aku genap 26 tahun, kadang-kadang bimbang gak pasal 26 tu dh masuk kategori yg agak lambat kahwin dalam family aku. Abang-abang aku semua masa umur tue dh ada anak belaka dah. Tapi bagi aku la, situasi aku dgn abang2 aku banyak berbeza kot...so macam x berapa nk sesuai la kalo dibandingkan dengan diorg.

Umur aku 23 baru abis belajar, 24 baru dpt keja, 25 beli kereta...26 blom ada apa2 lagi (slow2 ada la kotttt...hehe). Aku baru dua tahun lebih masuk ke alam bekerjaya, x berapa nk stabil lagi aku rasa. Hidup pon tunggang-langgang, banyak benda yang aku nk buat tp x tercapai lagi. Tadi aku ada besembang dgn akma jap pasal benda2 nie, dia kata umur mcm aku nie normal bg lelaki skrg so tak payah la nk bimbang2 sgt, yang patut risau nyer dia (merujuk kepada kaum2 wanita di luar sana). Mengikut nisbah lelaki kepada wanita menunjukkan 37:1 menjelang 2020 (aku dapat fakta ni dalam filem 3,2,1 cinta..hehe). Kalo berdasarkan nisbah nie kaum lelaki pasti tersenyum riang ( aku senyum sket2 je), ini kerana lelaki x perlu nk bimbang sgt pasal banyak choice kot ( walaupun byk pilihan tp bukan senang nk pilih kan...)

Aku ada terbaca satu blog nie, nisbah wanita bg tahun 2015 ialah 9:1...dia kata orang lelaki jangan nk hepi sangat pasal nisbah2 tue sebab dalam 9 wanita kepada 1 tue akan ada (1)ahli keluarga, (2)pengkid, (3)perempuan yg x suka kt ko, (4)perempuan yg ko x suka kt dia, (5)perempuan yg sudah bermadu, (6)perempuan yg mementingkan kerjaya (jgn mementingkan dunia sgt yer..nasihat nie), (7)perempuan yg sudah berpunya dan (8)perempuan yang x percayakan lelaki. Solepas ditolak 8 perkara ni, nisbah wanita kepada lelaki akan jadi 1:1 balik...so tetap maintain sorg je la bini kaum lelaki nanti ni yer.

Itu kata blog tue, tapi bagi aku si penulis tu mungkin terlepas pandang kot (maybe saja2 buat x nampak rasa nyer) bagaimana pulak dengan nisbah yang 1 lelaki berbanding 9 wanita tue....dah la satu jer, dalam satu tue jugak la akan ada (1)laki orang, (2)gay, (3)ahli keluarga, (4)laki yang tak suka kt ko, (5)laki yg ko tak suka kat dia, (6)laki yg mementingkan kerjaya, (7)lelaki yg sudah berpunya, (8)lelaki yg x percayakan wanita. Macam mana plak tue, nisbah tue dh terpaksa ditukar menjadi -7:1 (masalah tue, aku pon x tau sgt matematik nie, tp betol la kot, jadi negatif la kan, yang nisbah pompuan tue dari 9 jadi 1 pasal dh tolak bini orang, lesbian bagai td tue..hehe), mungkin akan ada lelaki yg terpaksa berpoligami kot time tue sebab dh ramai sgt pompuan. Sama2 la kita renung2kan yer...selamat beramal!!

p/s: teringat pepatah lama sinchan(azan fitri) yang kahwin boleh cerai, yang tunang boleh putus...inikan pulak xde pape....hehe

CERITA YANG AKU SENDIRI MALU NAK CERITA

Aku ni antara orang yg suka melepak, biasanya lepas waktu keja dlm kol 6 mcm tu akan ada la suara halus-halus manja (suara geng lepak petang2) cuba persuade aku utk pegi melepak minum2.

Semalam pon mcm hari-hari biasa aku akan melepak di kedai mamak area bangsar ni dengan kawan-kawan opis aku (akma, sha dan ed) selepas waktu keja. Kedai mamak yg menjadi pilihan kitorg ialah pelita, selalunya kedai mahbub tp driver kitorg nk ke situ so ikut je la (kalo membantah nanti kena suggest tempat lain, susah tue...)..mana2 pon sama jer sebab nk minum jer bukan nk makan pon, diet2 belaka katanya.

Kalo dh melepak macam ni, sesi berjoyah dan cik cah pon bermula lah...aku biasa nyer tak bercerita sangat, aku akan lebih mendengar dan menginterprete gosip2 terkini yg diorg ni buat (mmg kaki cik cah diorg nie..hehe). Diorg ni pon mula la bercerita pasal couple2 (topik2 mcm ni aku lemah sket, kalo cerita pasal port2 karaoke boleh la aku menyampuk dengan jayanya...hehe) dengan tak semena-mena si akma sudah menanya satu soalan maut kt aku..."ko suka pompuan yg mcm mana?? cerita sikit..." aku pon tesipu2 malu la apa lg (sebab kt situ aku sorg je single lg, akma katanya single tp mcm x je..hehe), aku cuba mengalih topik perbincangan dengan buat2 tak dengar soalan tue...tapi aku terlambat sebab si sha dgn ed dh senyum2 standby nk dgr jawapan aku...ada la seminit dua aku diam, aku ni kan pemalu seperti yg diketahui umum...hehe.

Oleh kerana diorg dh memaksa2 so terpaksa la aku jawab jugak...lebih kurang mcm ni la jawapan aku "err...bukan la nk yg chantek sgt, biar la sedap mata memandang, pakai tudung ke tak tu aku x kisah pasal aku ni pon bukan baik sgt, mana ada org yg perfect dlm dunia ni (jahat sebenarnya aku nie, cuma org tak tau), yg merokok tu baik berhenti nanti mak aku marah..hehe, dan kalo boleh yang tak kisah aku nk melepak ngan sapa sebab aku pon x berapa nk kisah dia nk lpk ngan sapa pon (pendek kata tak nk yg cemburu2 la)...yg boleh terima aku sebab aku ni pon bukan la hensem, kaya pon tak (x mampu nk bg barang2 mahal)", begitu la lebih kurang jawapan aku (ada la aku tambah sket2..hehe).

Sebenarnya, soalan mcm ni aku pernah tanya kt mak aku dulu..."mak nk menantu yang macam mana??", jawapannya: dengan selamba mak aku jawab "mak nak yang boleh masuk dgn keluarga kita (maknanya yg boleh bergelak tawa sekali, boleh layan besembang ngan mak aku dan dengan ahli keluarga aku yg lain, sebab family aku ni bukan yg jenis serius2 sgt, semua cool2 belaka, mcm aku la senang cerita), bab tudung2 tu mak x kisah (sebelum tu aku ada bg soalan susulan pasai tudung kt mak aku), hang bimbing la nanti, kalo boleh cari la orang dekat2 tp kalo dh dapat orang jauh hang just go on laaaa (yg go on tu aku tambah...hehe)", lebih kurang gitu la jawapan mak aku...

Dh tau yer semua jawapan nyer kan, so kepada sesiapa yang mcm ada kenalan yg seakan-akan memenuhi kriteria di atas tu silalah kenal-kenalkan kat aku...hahahahaha

p/s: tak bleh blah btol entry aku yg nie, rasa mcm nk terjun lombong je...hahaha

Wednesday, July 13, 2011

MASALAH PERMASALAHAN YANG PERLU DISELESAIKAN HARI-HARIAN

Aku tak tahu la sama ada korg menghadapi masalah yg sama macam aku ni. Masalah dia kecil jer, tp hari-hari akan timbul masalah yg sama. Masalah nk pilih kedai makan, especially time lunch ngan dinner la, kalo time breakfast tu takdehal sangat, sebab selalunya aku tak bfast.

Biasanya aku akan makan tengah hari dengan kawan2 opis aku, diorg ni plak biasanya x nk makan kt kantin opis nie (demand btol!) kalo tak senang la kan tak payah susah2 nk pikir kedai makan. Masalah ni bukan terjadi time makan dengan member opis je tp time ngan budak2 rumah pon sama. Time ajak makan semua on jer, tapi bila tanya nk makan kt mana? semua senyap. Bila ada seorang yg bagi idea, biasanya idea tu akan ditentang, dan dibantah dengan laju nya....bunyi2 macam alaaaaaaaaa...., x nk makan nasiikkkkkk (SNTN)...., x besttttttt..., nk kedai airconddddd....., tu semua alasan-alasan standard yg akan keluar dari mulut2 diorg nie (termasuk la mulut aku kadang2..hehe).

Problem ni akhirnya akan terpaksa diselesaikan sendiri oleh driver yg membawa diorang2 ni keluar makan, dengan alasan "orang yg bawak la kena decide". Tapi masalah nyer, boleh dikatakan hari-hari orang yang bawak tu orang yang sama je. Dah sah2 la dia pon dh xde idea nk bagi kan (kesian kt driver tue), dan kesudahan nyer driver tue akan bawak p kedai2 yg sama je la.

Walaupun akhirnya akan ke kedai yang sama jugak, tp semua pihak happy dan berselera je makan. Isu memilih kedai makan nie sebenarnya kecik punya hal, yang penting spend time ramai2 tue yang penting. Hilang sikit tension kat kepala otak tu, kannnnnnn....hehe

p/s: Naza mana aku punya souvenir dari bali tue??

Tuesday, July 12, 2011

KARAOKE!!

Memandangkan terdapat permintaan ramai pihak yg inginkan aku menulis pasal karaoke so terpaksalah aku turutkan (kalo x tulis bising plak diorg nie, susah btol). Seperti yg diketahui umum oleh rakan2 ku, aku ni memang kaki karaoke, pantang diajak (kadang2 x ajak pon) pasti aku tak kecewakan pelawaan2 diorg ni, dalam sebulan tu ada la dalam 2-3 kali berkaraoke. Lagu2 yang menjadi pilihan seharusnya rock kapak dan seangkatan dengan nyer, namun kini pengaruh muzik2 indonesia mula mengambil tempat dalam song selection aku..hehe


Aku dulu pon bukan la kaki karaoke, kalo ada member2 petik pasal karok aku dh gelisah, pasal aku konfem punya takkan menyanyi walau dipaksa dengan apa cara sekali pon. Tetapi dalam xnak2 tue aku sempat jugak termenyanyi selagu, lagu exist kalo x salah. Dan disebabkan oleh satu lagu tu jugalah aku dh tersampuk karaoke sampai sekarang. Haishhh...kalo lah tiada selagu tue dlm hidupku pasti aku x jd kaki karaoke mcm sekarang. Boleh gak simpan2 duit karaoke tu wat kawen...hehe


Geng2 karaoke aku boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu budak opis, budak shah alam dan budak masscom masa belajar dulu. Bagi kategori budak opis ahli2nya ialah fad, sha, fina, nawa, ed, akma dan yan (dahulunya ada shamsul tp memandangkan beliau dh "mencuci kaki" dari menyertai aktiviti karaoke jd nama beliau terpaksa la disingkirkan). Tempat berkaraoke yg menjadi pilihan utama bagi geng ni ialah ampang park, pasal murah dan x jauh sangat, biasanya lepas habis keja terus gerak. 2-3 jam itu normal la sebab kitorg ramai.


Untuk geng budak shah alam pula ialah mang, jows omar (yg tiap2 kali ajak karok x nk p, tp bila dh dapat mic mmg tak ingat dunia punya nyanyi..hehe), naza mozir(reporter diva terhebat), emy (tunang mang) KD (kelapa dara), bird, ilah (yg kadang2 ikut tp x nk nyanyi), azwan, beena(org penting NST), karam (zabarjad) nazrol (3 series). Dalam group ni dulu ada rafie azimi (reporter politik) tp sejak beliau mendirikan rumah tangga, beliau sentiasa sibuk dengan tugasan parlimen sehingga tidak mampu untuk meluangkan masa dengan kawan2...hehe. Untuk group ni pusat hiburan keluarga yg menjadi pilihan ialah pusat karaoke di quality hotel shah alam, biasanya di hari cuti sabtu dan ahad.


Bagi kategori terakhir pula ialah group budak2 masscom, ahli-ahlinya terdiri dari zam kimura(bekas penyanyi underground band, skang dh jd cikgu), mister rahman( bakal cikgu, dahulunya beliau bandmate si zam tue), suhairie (abg long shukai), yus(bernama), fadh (reporter pendidikan utusan), dan faiz arshad (pendebat uitm). Untuk geng masscom ni susah sket, nk karaoke sebulan sekali pon payah pasal masing2 sibuk ataupun buat2 sbuk tak tau la. Namun jika berjaya dikumpulkan ahli-ahlinya, tempat yg pastinya menjadi pilihan ialah wangsa walk, sebab sebelum karaoke biasanya lepak kt mamak NZ depan wangsa walk tu dulu..hehe


Itu la serba sedikit pasal karaoke dalam hidup aku, bg sesiapa di luar sana yg rasa mcm nk karaoke tapi xdak geng ajak la saya yer..

FIRE IN THE HOLE!

Fire in the hole!
Ini ungkapan biasa yg selalu kedengaran di hostel2 (sampai ada yg buat ringtone la bunyi tu) terutama diantara pukul 8 mlm hingga 8 pagi (time tu je ada internet connection, time lain dia block) ketika zaman aku belajar kat UiTM puncak perdana dulu tahun 2005-2006 kalo x silap...yer Counter Strike, counter strike ialah sejenis permainan komputer first person shooter yg melibatkan aksi tembak menembak antara dua pihak iaitu police dan terrorist (kalo nk tau lebih lg baca wikipedia).

Aku mula kenal permainan nie time cuti semester part 4 diploma (agak lewat la pasal member2 aku men game ni masa sekolah menengah lg) time tue aku keja part time kt kedai besi kat area umah aku kt jitra...Faaret Ghani  merupakan insan yg bertanggungjawab mengajar aku selok belok permainan nie sehingga aku berjaya menjadi antara nama besar pemain CS di puncak perdana ketika itu. Faaret merupakan rakan baik aku ketika di sekolah menengah, duduk pon sebelah2..nk dijadikan cerita masuk U pon sama satu course plak tue kelas je lain2...kitorg keja kt kedai besi tu pon sama2, bler ada cuti kalo xpon time xde keja kitorg p la cc men CS..hehe

Nama-nama samaran seperti agent27, solid snake, put3ri, blurberry, hellsperm, Hj cs, fullmetal fie, letchu kedai runcit, makcik balang, al-maunah antara pemain2 yg boleh dianggap berjaya dalam permainan ini masa kt puncak tu. Nama samaran aku Frankie j (antara legend CS kt puncak perdana)


Masa ni tiap2 malam paling kurang aku akan spendkan masa dalam 4 jam main game nie, mmg ketagih tahap hardcore punya...kalo dipikirkan balik mmg rugi btol masa aku, kalo la aku amik sejam dr 4 jam tue p baca buku pon bagus, ntah2 dh dpt DL aku...tp nk wat camna, budak2 lagi pikir nk seronok je...hehe


Tetiba aku teringat pasal Counter Strike ni bukan apa, ni semua pasal ketagihan CS ni dh kembali merebak kt opis aku nie! Setelah sekian lama aku tinggalkan game ni, skang aku terpaksa training balik..skill2 aku dulu semua dh hilang, hampess btol! kalo dulu aku ayam2kan org, skang org ayam2kan aku...hukhuk


p/s: rindu btol kt geng2 counter strike puncak perdana dulu...








Assalammualaikum...

Ni post aku yg pertama...dh betahun2 tak mengarang ni susah juga, last buat essay time peperiksaan undang2 jabatan jer, tu pon sebab dipaksa...kalo x mmg xde la.


Dh agak lama niat nk buat blog tu ada, cuma x berkesempatan...bler baca blog kawan2 terasa best plak so timbul la minat nk menulis. Walaupun skill penulisan tu tak la sehebat mana tp setakat nk mencuba2 tu x salah kot.


Beberapa insiden yg terjadi kat diri aku sejak dua menjak nie pon antara penyebab utama aku create blog nie gak, antara insiden utama ialah petang td time kt opis, member ada buat mkn2 durian...walaupun aku x brp minat ngan durian tp nk jaga hati rakan2 kena la rasa juga kan...aku pon try la seulas, sedap pulak durian nie bisik di hati ler...aku amik lg, sedar x sedar dh 3 biji aku makan...so mlm ni terima la akibatnya x boleh tido!


Oleh kerana x boley tido, aku pon bangun amik laptop buat blog lg bagus!...huhu, tu salah satu sebab utama aku tercreate blog nie...sebab2 lain nanti je la aku cerita ok! aku akan cuba menjadi penulis blog tegar lepas ni!


p/s: time pagi2 buta ni layan lagu sedih best wooo....credit to abg idzham yg kenduri durian ptg td, sedap bro! tahun depan buat lg yer!