Monday, August 29, 2011

ESOK HARI RAYA! YEAY!!

Sementara menunggu waktu berbuka puasa untuk kali terakhir di bulan ramadhan kali ni dan dalam aku tengah dok pikir2 mana tempat nk bebuka malam ni sebab banyak kedai dh tutup cuti raya (esok kan raya) tetiba rasa nak menulis tu datang plak. Time aku tgh asyik bermain FB kt opis td, aku tengok dh ramai member2 post gambar dengan keluarga tgh buat ketupat, bakar lemang, rebus ketupat, cat rumah la, masak2 ngan mak, ucapan2 raya dan status2 yg penuh dengan mood2 raya. Raya memang la hepi kan, aku pon hepi gak...tapi dalam hepi2 aku ni ada sedihnya jugak...hukhuk

Tahun nie merupakan kali pertama dalam sejarah aku x balik beraya dengan keluarga kt kampung...hukhuk. Kena keja plak masa hari raya pertama tu (raya pertama je, raya kedua sampai keempat aku cuti). Dah sememangnya menjadi lumrah untuk orang yang bekerja macam aku ni untuk tidak balik beraya di kampung sebab aku akan sibuk bekerja masa org lain cuti. Disebabkan tahun lepas aku cuti raya so tahun ni kena keja la jawabnya (bg peluang orang lain plak cuti). 

Masa mula-mula bos bagi tau yg aku kena kerja time hari raya, rasa biasa-biasa je tapi bila sorang2 member aku balik kampung bercuti, opis pon dh lengang, rumah pon dah kosong semua housemate dah balik kampung, hati pon mula la merasakan sesuatu. Macam-macam rasa datang, tipu la kalo cakap tak sedih kan. Bila dengar lagu2 raya kt radio rasa syahdu teringat kat kampung memang x boleh nak elak. Sekarang aku tgh cuba sedaya upaya untuk kuatkan mental dan fizikal aku untuk menghadapi malam ni, iaitu malam raya...setakat lagu raya tu aku boleh handle lg, tapi bila takbir raya berkumandang malam ni yg tu susah sket...kita tengok la malam ni mcm mana jd nyer...hehe.

Tapi xpe, dah nama pon kerja, memang aku akan merasa benda-benda ni cuma lambat dengan cepat jer...hehe. Esok aku nk tengok macam mana lengang nyer KL masa hari raya, selalu dengar orang cerita jer, aku pon teringin gak nk baring bergambar kt federal highway tu, nk rasa mcm mana beraya kt opis dan aku nk rasa mcm mana beraya kt istana negara sebab esok aku kena keja kt sana...hehe

Tadi aku ada call mak aku kat kampung, katanya dia sorang2 je kt rumah tapi insyaallah kejap lagi abang aku yang sulung sampai la tu, sebab dia kata dia nk beraya kt rumah mak tahun ni. Abang aku yg no 3 pulak (yg jual cendol dalam entry aku sebelum ni) malam tadi baru naik pangkat jd ayah, isteri dia selamat melahirkan baby girl! tahniah2!! (bertambah besar la family aku..hehe, kena bawak balik duit raya lebih la mcm ni!) so maybe dia akan beraya di rumah mertua dia kot. Masa aku call td aku sempat bertanyakan menu2 raya yg bakal mak aku masak untuk esok, antara menu istimewanya ialah bihun sup. Bila teringat bihun sup mak aku ni, rasa nk balik tu semakin membuak2 (sedap wooooo....terbaekk)...sabar2, insyaallah petang esok habis kerja aku akan terus drive balik ke kampung...hehe

Selamat Hari Raya!!!




Friday, August 12, 2011

HARI KEJADIAN

Tanggal 11 Ogos 1985 merupakan hari ahad, jam 1.10 pagi aku telah dilahirkan di rumah aku di Jitra. Merupakan seorang bayi yg amat sihat rasanya, berat 4.2kg kot time beranak tue...hehe. Menurut mak aku, ramai yg menjangkakan yg beliau mengandung anak kembar sebab perut mak aku besar dari biasa time mengandung kat aku, tapi dh ditakdirkan time beranak tue aku sorang je keluar, memang meleset la tekaan jiran2 mak aku tue..hehe.

Semalam 11 Ogos 2011, genaplah umur aku 26 tahun. Walaupun dh mcm tua sket tapi tetap muda di jiwa katanyer. Ramai betol org wish kt facebook, yg wish face to face pon ramai, siap nyanyi2 lagi. Memang terharu sangat..hehe

Tapi yang membuatkan aku lebih terharu hari ni sebab rakan-rakan opis buat surprise sambut birthday aku hari ni..hehe, siap ada makan2 kek. Dalam sejarah hidup aku, ni adalah kali kedua aku dapat kek time bday. Kali pertama ialah masa aku belajar kat UiTM dulu, tahun 2005 ketika bday aku yg ke-20 (masa tu Selangor cuti umum sebab darurat, jerebu teruk sangat so kira bday aku public holiday la..hehe).

antara yg ada semalam, lokasi: waroeng penyet, the curve

Surprise party ni mmg telah dirancang dengan agak licik oleh bebudak opis aku ni, ada yg buat2 busy la...ada yg emo tetiba (fina)...ada yg jd tukang persuade supaya pergi bebuka kat the curve la...ada yg nk belanja makan la (terima kasih akma)....ada yg nk follow bebuka sesama la...ada yg tetiba x nk ikut dan mcm2 lagi. Aku pon dh agak pelik dengan perangai diorg2 ni. Tapi aku memang x jangka pon yg diorg nk sambut bday aku sebab sambut2 bday ni mmg antara acara yg jarang2 berlaku dalam hidup aku (ni baru kali kedua). Bila org suruh wat ucapan pon, lidah aku dh kelu x bley nk buat ayat dah (aku cuba belagak cool td, tp sebenarnya dh x brp nk keruan jadinya, nasib baik x nangis).

Semalam jugak aku dapat bday card..ni dia!! hehe



Kat bawah ni plak first bday card yg aku dapat dalam sejarah hidup aku, aku simpan lagi...hehe



Terima kasih lagi sekali yer buat kawan2 yg ada semlm, mmg terharu sangat. Buat Akma Aziz, terima kasih yer belanja ayam penyet, belanja minum, tolong drivekan saya ke the curve, tolong pegang kek time balik opis walopun emosi x brp nk stabil, teman saya ngan fad main boling, bwk saya jalan2 pergi servis keta, tolong create drama sebabak di mlm bday saya..hehe, jangan sedih2 sangat yer...

p/s: "Some people come into our lives and quickly go, some stay for awhile and leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same". Quote dari A Little Book of Quotations..tq sha!